RESDUNG - Risiko jangkitan otak
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung
pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila
ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa,
bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada
bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa
bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian
sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak
ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta
telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan
oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang
dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital
Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka
yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua
mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi
seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara
teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut
memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan
rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,''
katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan
leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan
salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama
bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan
(rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut
halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus,
gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun
berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko
resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang
hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan'
tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit
resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang
lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih
banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di
dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa
anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi
petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di
antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan
ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan
menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala
berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna
kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah
pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap
ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut
boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk
resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan
kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung
rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala
seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung
boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi
pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga
boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk
menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak
dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak
normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan
dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan
alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus
endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana
segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan
pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir
Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah
dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
============================
Sinustis (Resdung)
sinusitis adalah masalah kesihatan yang
berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat
adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.
Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara
atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi
hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal,
Ethmoid dan Maxillary.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan
daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya
menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung
dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam
rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami alahan,
lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan
membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair
tidak berlaku secara normal.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko
mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak
di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan
berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta
selain merebak ke otak.
Sehubungan itu, seseorang yang
menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin
menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.
Rawatan awal iaitu kurang empat minggu,
mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik
atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.
Jika anda ada tanda2 resdung, Jangan malu untuk mendapatkan
rawatan.
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
* Jerawat resdung
Tanpa pembedahan, tanpa kesakitan (INSYA ALLAH) Harga pun
murah – RM40.
Rawatan buang lendir resdung yang terbukti efektif. . Ramai
yg telah cuba
kaedah ini, ALHAMDULILLAH. Berkesan.
Rawatan ini biasanya 1 jam.
Kaedah : Masukkan ubat dalam hidung, kemudian pesakit perlu
menunduk untuk membuang lendir (punca penyakit resdung) tersebut. Lendir
biasanya keluar dari hidung dan mulut (Mulut – perlu diludah/dibuang keluar)
Dengan hanya RM40. Sila call/sms Pn.CT 012-6546509, untuk
temujanji.
- Juga
menyediakan rawatan ke rumah (Sekitar KL dan Selangor sahaja) *Charge duit
minyak minimum biasanya RM20
- Ibu
mengandung, kanak2 di bawah 12 tahun dan pesakit jantung dilarang membuat
rawatan ini